Selasa, 19 September 2017

Disiplinkan Anak Tanpa Menjerit


Danial sedang khusyuk menonton televisyen dan pada masa yang sama ibu sedang siapkan hidangan di meja makan. Beberapa ketika kemudian ibu memanggil Danial untuk makan bersama.

"Danial, jom makan"

Senyap.

"Danial, cepat makan, ibu dah siap ni"

Senyap.

"Danial! Tak dengar ke ibu panggil ni??" dengan nada suara yang sangat kuat. Maka terkocoh-kocoh Danial datang ke meja makan dengan hati yang penuh ketakutan.

Mengikut kajian, tidak ramai ibu bapa yang menggunakan bahasa lembut untuk mendisiplinkan anak. Kebanyakannya menggunakan jeritan, pekikan, diikuti sindiran dan ugutan.

Bahasa seperti ini banyak digunakan oleh ibu bapa kerana menganggap anak yang mendengar jeritan itu lebih berdisiplin dan mendengar arahan. Sedangkan hakikatnya mereka takut, dan menurut arahan dengan rasa terpaksa.

Menjerit, memekik, bahkan menengking bukan satu cara yang baik untuk mendisiplinkan anak. Banyak keburukan jika anak di layan seperti seorang askar ini sedangkan jiwa mereka masih lagi lembut, bersih dan suci malah dapat dibentuk dengan baik jika betul caranya.

Menjerit, selain membuat ibu bapa berasa tertekan, sakit dada, dan tekanan darah meningkat, anak-anak turut mendapat kesan psikologi yang tidak baik.

1. Anak berasa takut
2. Anak terpaksa buat pilihan 'lawan atau lari'
3. Mematikan pemikiran logik (logical thinking) anak di mana dia akan berhenti memproses maklumat

Ingat, anak akan meniru apa yang ibu bapa buat. Jika kita menjerit, anak belajar memekik dan menjerit. Jika kita memukul, anak juga belajar memukul, dan jika kita tenang, anak akan belajar untuk sentiasa bertenang.

Sudah tentu, adakala ibu bapa seakan hilang kesabaran dengan perangai anak-anak. Contohnya dengan anak yang tantrum akibat tidak dapat sesuatu yang dia inginkan, anak yang bergaduh dan berebut sesama adik beradik, anak yang bergaduh sewaktu kita sedang memandu dan sebagainya lagi.

Tarik nafas panjang, fikirkan jalan keluar yang rasional agar kita dapat menahan diri daripada menjerit dan memekik yang mana akan buat keadaan jadi lebih buruk. Berikut ada beberapa tips yang boleh ibu bapa lakukan.

Situasi 1: Anak tantrum/ mengamuk jika inginkan sesuatu

Jika kita layan kemahuan anak yang mengamuk pada kali pertama, dia fikir untuk mendapatkan sesuatu, dia mesti kena mengamuk dulu.

Jika dia tidak dapat apa yang dia mahukan, maka dia mula menjerit, menangis dan berguling. Sudahnya ibu atau bapa sama ada akan tunduk pada kemahuannya atau menengking meminta dia diam.

Apa yang ibu perlu lakukan ialah, diam dan bertenang. Jangan memujuk atau memberi sebarang reaksi. Perhatikan saja. Apabila dia sudah mula bertenang, peluk dan berikan dia beberapa pilihan.

Situasi 2: Anak bergaduh sewaktu kita sedang memandu

Anak yang memekik dan bergaduh dalam kereta tentu buat kita rasa tak tenang, hilang fokus dan nak menjerit sama. Keadaan ini sudah tentulah bahaya dan berisiko tinggi penyebab kemalangan.

Caranya, berhentikan kereta di tepi jalan dan bagitahu anak yang kita tidak akan kemana-mana jika mereka terus berperangai seperti itu. Kemudian ibu atau bapa duduk diam, baca buku, atau 'bersembang' dengan rakan di media sosial hingga anak-anak duduk bertenang.

Jika keadaan sudah pulih, beritahu mereka ibu/ayah sudah boleh memandu dengan tenang dan selamat.

Sebagai orang yang lebih dewasa, ibu dan ayah harus berfikiran rasional dan tidak terikut-ikut rentak anak yang suka menjerit. Ada banyak jalan keluar jika kita sentiasa bertenang dalam setiap keadaan.

Fitrah anak-anak memang adakala perangai mereka sukar diduga. Itulah ujian buat kita sebagai ibu bapa. Kita boleh bertegas, tetapi tidak sampai memekik atau menengking.

Ingatlah bahawa rumah yang di penuhi dengan pekikan dan jeritan akan hilang rahmatnya. Bukankah Rasulullah S.A.W juga tidak pernah meninggikan suara kepada anak kecil, bahkan bagindalah yang paling lembut dan baik sekali kepada ahli keluarganya.

Salam sayang!

Ahad, 17 September 2017

8 Cara Menangani Anak Suka Bergaduh - Teknik Nabi


Assalamualaikum wbt.

Sudah menjadi lumrah dalam keluarga yang ramai adik-beradik akan riuh-rendah dengan pergaduhan. Terutama kalau anak masih kecil dan masing-masing sedang dalam fasa 'egocentric' yang meninggi.

Rumah tak pernah lekang dengan suara menjerit, berebut, bergaduh, mengadu dan sebagainya. Masing-masing nak menang dan tak mahu mengalah. Kalau tak kena gaya, silap-silap mak pun bertukar warna jadi lampu isyarat; kuning, merah, hijau!


Ada ibu bapa yang tak boleh dengar suara bising-bising macam ni. Cepat saja darah mendidih dan naik ke kepala. Tapi, sebagai orang yang dah mempunyai anak, kita haruslah ingat, bergaduh dan berebut adalah fitrah manusia apalagi anak-anak kecil. Kena belajar tahan telinga dan sabar menghadapi kerenah anak kecil ini.

Walaupun agak sukar pada awalnya, insyaAllah dengan sedikit tip dan teknik, kita akan dapat menangani isu anak bergaduh dengan cara yang paling baik dan tenang.

#1. Biarkan saja!

Kita menganggap bergaduh adalah satu kesalahan. Dengan itu cepat saja kita nak menghukum dan memarahi anak-anak kita. Buat-buat tidak melihat dan tidak mendengar mereka bergaduh. Cuma perhatikan dari jauh agar ia tidak berakhir dengan kekasaran.

Dengan bergaduh, anak-anak belajar menyelesaikan dan menangani konflik dalam diri mereka sendiri serta orang lain.

Ibu bapa tidak perlu masuk campur melainkan keadaan bertambah teruk atau anak sudah memanggil.

#2. Jangan melebihkan sesiapa

Ibu dan ayah selalu kata, "Abang kena mengalah, abang kan dah besar. Adik kecil lagi". Jika kita melebihkan salah seorang daripada mereka, anak yang seorang lagi akan jatuh self-esteem, berasa dia di rendahkan dan ibu ayah tidak adil terhadapnya.

Keadilan adalah untuk semua anak-anak kita sama rata.

Lebih baik jika ibu dan ayah mengatakan,

"Abang dan adik main sama-sama. Ibu suka tengok abang dan adik main sama-sama, gilir-gilir. Allah pun suka." (Beritahu teknik gilir-gilir : 5 minit abang, kemudian 5 minit lagi adik pula)

#3. Tidak memarahi dan meninggikan suara

Jika pergaduhan tidak terkawal lagi, alihkan perhatian anak-anak dari perkara yang mereka rebutkan.

Elakkan menjerit, memarahi dan menengking kerana ia akan menyebabkan anak berasa tertekan malah semakin ego (untuk berlawan dengan kita pula).

#4. Terus berikan jalan penyelesaian

Jika anak-anak berebutkan sesuatu, beritahu terus jalan penyelesaian dengan jelas. Contohnya jika anak berebut basikal.

"Abang main dulu sampai lima kali pusing, kemudian adik pula lima kali pusing"

Ulang teknik ini setiap kali anak-anak ingin bermain permainan yang sama. Lama-kelamaan anak akan belajar itulah cara yang betul dan adil untuk bermain dan anak-anak tanpa sedar akan belajar kemahiran berbincang dan menyelesaikan masalah.

#5. Bersabar dan bertenang

Walau apa keadaan sekalipun, ibu dan ayah hendaklah banyak bersabar dan sentiasa tenang. Anak-anak mencontohi sikap kita. Kalau kita jenis baran, sikit-sikit nak melenting, tak mustahil anak juga akan mengikut sikap dan perangai kita itu.

Walau dalam keadaan marah sekalipun, kuatkanlah hati untuk berlagak tenang dan cool terutama di hadapan anak-anak.

#6. Sentiasa puji anak

Contohnya apabila anak mula mengalah, mencari jalan penyelesaian dengan sendiri, puji serta merta dengan kuat di hadapan adik-beradiknya.

Contoh ayat, "Bagus abang pandai main dengan adik. Main macam ni yang ibu suka. Ibu sayang, Allah lagi sayang".

#7. Tunjukkan empati kepada perasaan anak-anak, tetapi setkan limitasi

Setiap anak berhak menyuarakan perasaannya kepada kita dan sebagai ibu bapa kita harus memberitahu apa yang sepatutnya dilakukan.

Contoh jika anak mengadu tentang adik-beradiknya yang lain, ibu boleh kata,

"Ya ibu faham perasaan adik. Adik boleh main dengan abang, tapi tak boleh pukul abang. Adik minta dengan abang bila abang dah siap main"

#8. Tidak menuduh atau menyalahkan

Walau ibu dan ayah tahu siapa yang memulakan pergaduhan, tahanlah diri daripada cuba menyiasat mencari kesalahan anak, memarahi, menuduh dan menyalahkan mereka.

Perbuatan ini hanya akan menjatuhkan maruah anak. Apa yang ibu dan ayah boleh lakukan ialah menerangkan saja peraturan yang betul dan ditujukan secara umum, bukan secara spesifik kepada anak yang melakukan kesalahan.

Tegur kesalahannya, bukan dirinya.

Membesar dan mendidik anak perlukan ilmu. Saya berpesan kepada diri sendiri kerana anak-anak ini amanah. Salah acuan, salahlah bentuknya.

Kita ibu bapa ialah jendela pertama bagi anak-anak untuk melihat dunia.

Dunia yang mana? Kita sendiri yang menentukannya.

Salam sayang!

8 Cara Meningkatkan Kesuburan Pada Suami Isteri Untuk Cepat Hamil



Assalamualaikum wbt.

Setiap pasangan yang berumah-tangga, pasti inginkan kehadiran cahaya mata. Namun cepat atau lambat memperoleh anugerah itu, hanya Allah yang tahu. Tugas kita adalah berusaha sebaik mungkin menggunakan pelbagai cara asalkan halal dan selamat.

Di sini saya nak kongsikan beberapa cara yang boleh di lakukan untuk meningkatkan tahap kesuburan seterusnya meninggikan peluang untuk hamil.



#1. Turunkan berat badan

Jika mengalami berat badan berlebihan, eloklah usaha untuk mendapatkan berat badan ideal. Berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berlebihan boleh melambatkan masa untuk hamil.

#2. Kurangkan kafein

Jika terlalu banyak mengambil minuman berkafein, ia boleh mengganggu kesuburan. Hadkan pengambilan kafein sehingga satu atau dua cawan sahaja sehari.

Antara minuman berkafein selain kopi ialah teh, minuman bergas, dan coklat malt.

#3. Kurangkan tekanan dan stress

Tekanan di tempat kerja, di rumah, atau masalah peribadi boleh mengganggu kesuburan. Selesaikan masalah, banyakkan berbual dan berbincang dengan pasangan serta berdoa.

#4. Makanan seimbang

Makanan seimbang dan berkhasiat sangat mempengaruhi kesuburan. Jauhi makan rapu, makanan segera, lemak trans, minyak dan lemak, serta garam dan gula berlebihan. Elakkan juga mengambil makanan yang tinggi bahan perasa, pewarna dan pengawet.

#5. Jauhi bahan kimia berbahaya

Contohnya pestisid dan herbisid pada sayur dan buah-buahan, pencemaran udara, air dan tanah, serta radiasi. Pendedahan kepada bahan pencuci tinggi kandungan toksin juga boleh memudaratkan kesuburan.

#6. Hubungan seks yang lebih kerap

Dalam tempoh seminggu, bilangan sperma mungkin meningkat, tetapi kadar kematian sperma juga meningkat. Hubungan seks yang jarang atau melebihi lima hari boleh memberi kesan kepada bilangan sperma.

Lebih kerap melakukan hubungan seks, lebih tinggi peluang untuk hamil.

#7. Jauhi rokok

Sama ada wanita itu sendiri atau pasangannya yang merokok. Zarah beracun dalam rokok boleh mengganggu kesuburan walaupun dalam perokok pasif.

#8. Mengambil suplemen tinggi antioksidan

Suplemen tinggi antioksidan seperti CLV Jamu Seri pemikat dan CLV jamu Tunjuk  Langit amat penting untuk menggalakkan kesuburan.  CLV jamu Tunjuk Langit juga dapat meransang pengeluaran hormon progesterone dan oksitosin yang mana sering dijumpai dalam kepekatan yang tinggi dalam korpus luteum.

Asas kepada sistem pembiakan yang sihat ialah sel yang sihat. Manakala sel yang sihat memerlukan nutrisi yang baik dan sihat untuk ia kekal berfungsi dengan sempurna.

*********
Set Kesuburan CLV -----> Hubungi:

Puan Hanani
011-50126796
Harfianhanani@gmail.com


Cara Mengatasi Haid Tidak Teratur Lepas Bersalin


Segalanya tentang hormon!

Apabila kita mengandung, tubuh kita akan jadi bercelaru. Sebaik lepas bersalin, dan aras hormon berubah dengan mendadak, tubuh kita juga huru-hara. Nak-nak pula bila kita menyusukan bayi dengan susu ibu.

Sesetengah wanita, lepas bersalin, dia akan mengalami ketakseimbangan hormon (hormone imbalance). Bagi wanita yang tidak menyusukan bayi dengan susu ibu, haid nya boleh datang seawal minggu ke 10 selepas bersalin (boleh jadi lebih awal dari itu).

Memang agak susah nak beritahu bila waktu yang tepat haid sepatutnya datang semula selepas bersalin. Ini kerana ia bergantung kepada aras hormon dalam badan wanita itu masing-masing.


Tapi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu ibu, memang sesuatu yang normal jika haid datang agak lewat selepas bersalin. Bagi saya sendiri, haid hanya datang kira-kira lebih kurang 8-10 bulan lepas saya bersalinkan baby Awalludin

Yang menjadi masalah di sini ialah apabila kitar haid itu tidak tetap setiap bulan. Kerana haid yang tak tetap ni, kita susah nak tentukan waktu subur. Bila dah macam ni, takut terbabas dan termengandung lagi sekali.

Inilah yang saya alami dulu. Dah la risau haid datang tak menentu. Tempohnya pula kemain lama.

Sebelum-sebelum ni haid saya memang tetap 28 hari. Sejak dari zaman remaja sampai dah beranak dua. Lepas anak ketiga ni haid dah mula bercelaru.

Mula-mula tak sampai pun 28 hari. Ok lagi lah. kemudian bulan depannya 35 hari. Lepas tu 40 hari. Risau la juga nanti baby Awalludin terdapat adik baru. Huhu.😄😄

Bagaimana saya atasi masalah ini?

Saya tahu ini sebab hormon. Oleh itu saya mulakan pengambilan CLV Jamu Seri Pemikat (JSP). Selepas pengambilan CLV JSP ni Alhmdulillah hormon saya semakin elok Dan stabil. Haid saya dah kembali teratur Dan saya tidak perlu risau lagi.
Ye la.. hormon dah kembali sihat, insyaAllah semua tindakbalas dalam badan juga akan kembali sihat dan normal.

Jika ada ibu-ibu yang ingin mencuba CLV Jamu Seri Pemikat untuk selesaikan masalah haid  tak teratur seperti saya, boleh hubungi:

~Hanani Zainuddin~
011-50126796
Fb/ Nanie Stokis Clv
harfianhanani@gmail.com
#Haidtidakteratur
#clvjsp

Petua Mengatasi Kentut Vagina Atau Angin Faraj


Kentut vagina atau masalah angin keluar melalui faraj adalah salah satu masalah yang kerapkali mengganggu wanita sama ada dari segi fizikal dan emosi.

Ramai wanita rasa was-was sama ada terbatal wuduk atau solat dan risau akan penerimaan suami di kala bersama. Malah ada juga wanita yang mengalami masalah faraj yang berbunyi ketika berjalan atau bergerak disebabkan angin itu tadi. Kedaan ini sudah tentu sesuatu yang amat memalukan.


Apa itu kentut vagina?

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

Otot peranakan lemah selepas bersalin

Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah, berlakunya masalah peranakan jatuh atau juga disebabkan masalah pengawalan pundi kencing.

Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.

Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula.

Cara mengurangkan angin keluar dari faraj:

1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil

2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.

4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat

Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina

Senaman Kegel

Senaman Kegel atau kemutan ini dapat melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku,

Amalan ini dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan dan dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.

Cara:

1. Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba. Tahan dan kira hingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa.

2. Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika dapat menahan kencing tanpa menggerakkan kaki.

3. Lakukan kaedah ini semasa pundi kencing anda telah kosong. (Di larang menahan kencing kerana tabiat ini boleh menyebabkan masalah kencing tak lawas)

4. Tahan otot selama kira-kira 10 kiraan, rehatkan semula dalam kiraan 10. Dan ulangi semula sebanyak 4 kali pada satu sesi.

5. Lakukan teknik no.4 sebanyak 3 sesi dalam sehari

6. Lakukan senaman ini dimana-mana yang anda selesa tidak kira semasa berehat, menonton tv, membaca buku, sedang memandu, berjalan atau berdiri.

Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas seseorang wanita itu bersalin dan paras hormonnya masih tidak stabil.
Anda juga boleh mengambil CLV Jamu Seri Pemikat Dan CLV Jamu sakti cinta. Kedua Jamu Ni dapat mengatasi Dan merawat kentut faraj. Dengan Jamu Seri Pemikat Ada 2 cara boleh makan Dan juga insert. Dengan insert lebih cepat untuk merapat otot2 vagina.. CLV Jamu Seri Pemikat bukan sahaja boleh merawat kentut vagina malah dapat merawat masalah dalaman wanita yang lain. InsyaAllah

Cara order/pertanyaan klik 👉 wasap.my/601150126796

#kentutvagina #jamuseripemikat #jamuviral #nanieclv #clv
#masalahdalamanwanita


Sabtu, 16 September 2017

~ Kembali ramping menggiurkan dengan CLV BodySlim Lotion yang tidak berminyak malah memberikan aroma yang harum lagi mempersonakan untuk seisi  keluarga terutama bagi ibu yang baru lepas bersalin agar berada dalam suasana damai, segar dan tenang.

~ CLV BodySlim Lotion mudah menyerap ke dalam kulit dan tiada rengsaan kepada pengguna.Botol yang padat dan ringan mudah di bawa ke mana sahaja.

KHASIAT CLV BodySlim LOTION :

💃Menurunkan berat badan
💃Membakar lemak dan melangsingkan badan
💃Menghilangkan Sengal-sengal badan
💃Melancarkan peredaran   darah
💃Melegakan sakit otot dan sendi
💃Gigitan serangga
💃Mengatasi sakit dan kembung perut
💃Mengatasi selulit
💃Sangat sesuai untuk ibu selepas bersalin

CARA PENGGUNAAN CLV BODYSLIM LOTION CLV

1.Sapukan Clv BodySlim di bahagian yg bermasalah
2.Urut dengan lembut selama 2-3 minit
3.Amal berurut untuk kesan lebih cepat seeloknya sebelum tidur


Nak beli? Whatspp 011-50126796/016-7590479

Like Facebook.com/nanieclv




Jumaat, 15 September 2017

CLV Jamu Lagenda Ayu

Menjadikan isteri kelihatan menggoda di mata suami !
CANTIK ! Nampak awet muda dari usia sebenar dengan
consume Jamu Lagenda Ayu dengan 1 sachet setiap hari.
Ketat, kurus ramping mempersona.

Selain itu, Jamu Lagenda Ayu juga boleh merawat senggugut
dan keputihan yang teruk. Dapat merawat kulit yang sensitif juga.
Antara kelebihan Jamu Lagenda Ayu

💫 Dalaman dan luaran sihat
💫 Melansingkan badan
💫 Mengetatkan vagina
💫 Merawat keputihan
💫 Memutihkan kulit
💫 Awet muda
💫 Merawat luka dalaman bersalin
💫 Menstabilkan hormon
💫 Memberikan tenaga dan mencergaskan tubuh
💫 Menjadikan hubungan suami isteri sentiasa mekar terjalin

Pastinya Jamu Lagenda Ayu berbeza dari yang lain.
Sesuai diamalkan untuk semua peringkat umur anak dara
dan dewasa.

Wasap.my/601150126796/JLA

www.nanieclv.blogspot.my







#CLV
#nanieclv