Isnin, 22 Januari 2018

PERHATIAN BUAT ISTERI!!

PERHATIAN BUAT ISTERI!! Bagi yang sudah berkahwin, hubungan intim antara suami isteri adalah penting untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.Keluarga yang utuh sudah pasti akan membawa sinar kebahagiaan dan menwujudkan keharmonian diantara mereka dan anak-anak. Menurut hasil selidikan dari beberapa pakar ada menyatakan bahawa hubungan intim yang kurang antara suami isteri adalah penyebab utama berlakunya perpecahan dalam sesebuah keluarga.Dan pada peringkat ini jika tidak dicegah dari awal, seterusnya menyebabkan pengabaian kepada anak-anak dan yang paling ditakuti berlakunya penceraian antara mereka.Sudah tentu kita tidak mahu perkara ini berlaku kerana semasa bercinta kita telah bersumpah untuk sehidup dan semati dengan pasangan kita sendiri. Orang kata jika hendak tengok pasangan anda bahagia,kita boleh tengok perut suami.jika berisi tahulah isteri itu dapat menambat suaminya melalui makanan yang dimasaknya menjadi kegemaran suaminya.Walaupun fakta ini tidak tepat namun jika anda fikirkan secara logik,agama tidak hanya mengajar cara memasak tetapi digalakkan untuk anda membaca doa sekali.bukan untuk sebagai penunduk tetapi untuk menambah keberkatan dalam berumahtangga.Begitu juga jika ada anak yang kurang mendengar kata,tika anda memasakan nasi,ambil segempal dan bacalah doa agar dia berubah sikap. Selain dari yang atas,ada cara yang lagi penting untuk menjalin rumahtangga yang bahagia.Meskipun cara ini Nampak mudah,tapi kesannya adalah terlalu besar dan mampu mengganggu gugat rumahtangga anda sendiri. Mengapa hubungan intim anda dingin???? Kepenatan bekerja Bebanan kerja yang makin bertambah boleh menyebabkan anda mengalami tekanan di tempat kerja.Anda juga banyak menggunakan otak untuk berfikir dan seterusnya ia akan menghantar isyarat yang anda tidak mampu untuk melakukan tugasan lain. Bagi mengatasinya,anda boleh mengambil cuti yang ada dan pergilah bercuti untuk merehatkan minda dan menjalin hubungan intim seperti pertama kali anda berbulan madu. Kurangnya berkomunikasi Komunikasi adalah bentuk perhubungan yang penting antara dua insane.Ingatlahtidak semua tindak tanduk anda dapat difahami oleh pasangan anda.Cubalah berkomunikasi sekiranya ada masalah yang ada dan bersama-sama mencari jalan penyelasaiannya. Tidak memahami pasangan Tahukah anda wahai isteri,adakah anda benar-benar tahu cara puaskan suami anda.Jika anda yakin caranya,maka anda adalah isteri yang terbaik dan sudah pasti rumahtangga anda bahagia.Bagaimana yang kurang yakin atau ragu-ragu,tidakkkah anda takut suami anda berpaling mencari yang lain atau bersikap dingin sahaja dengan anda. Cubalah berikan hubungan intim yang benar-benar dapat member kepuasan kepada suami.Setelah selesai hubungan seksual bertanyalah kepada pasangan anda adakah dia benar-benar mendapat kepuasan yang maksimum.Kadang-kadang suami akan mengangguk kepala walaupun sebenarnya dia inginkan lagi.Anda boleh perhatikan tanda seperti perubahan sikap suami atau perubahan yang lain.Dari situ anda boleh mengesannya dan mempertingkatkan lagi hubungan anda. Bagi suami pula,jangalah terlalu memaksa kerana boleh menimbulkan perasaan kurang senang kepada isteri anda.Cubalah bersikap romantik seperti mana anda mabuk dalam percintaan dulu.tentu perkara ini tidak sukar kan. Oleh itu,hubungan intim adalah satu hubungan yang memerlukan kerjasama antara suami dan isteri bagi menwujudkan ikatan yang erat sehingga akhir hayat. JOM LEKAS DAPATKAN JAMU SERI PERMIKAT CEPAT2 PM SKRNG!!! 011-50126796 AGENT DROPSHIP, PENGEDAR DAN STOKIS DIPERLUKAN!! #jamu #merawat #semulajadi #join #cantik #kurus #montok #awetmuda #putih #jutawan #murah #cod #serendah #tamanidaman #rawang #bachok #kotabharu #kelantan #cantik #sihat #kurus #usahawan #duit #niaga #sideincome Like facebook.com/nanieclv


Jumaat, 12 Januari 2018

TIPS BERGUNA UNTUK IBU BAPA, CARA UNTUK TINGKATKAN IMUN ANAK YANG MUDAH JATUH SAKIT..


Sebenarnya, mungkin ramai dah tahu bahawa sistem pertahanan badan kanak-kanak masih belum matang semasa lahir, dan ia akan berkembang selari dengan tumbesaran kanak-kanak tersebut. Jadi, memang lumrah bagi anak kecil mengalami demam, selsema, batuk, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sekerap manakah ia dikira normal? Menurut Dr Intan Juliana Abd Hamid menerusi DoktorBudak.com, kita tak perlu panik jika anak mengalami demam atau sakit yang berulang. 5-6 kali setahun adalah masih dianggap normal, selagi anak masih aktif dan tidak mengalami masalah serius seperti kesukaran bernafas, hilang kesedaran, sawan, dan tidak mampu makan atau minum.
Anda boleh cuba melakukan beberapa usaha untuk meningkatkan imuniti anak agar ia berfungsi secara optimum.
9 LANGKAH MENINGKATKAN IMUNITI TUBUH ANAK DENGAN BERKESAN
1. MENERUSKAN PENYUSUAN BADAN
Bagi anak yang masih menyusu, penyusuan badan adalah antara cara yang terbaik untuk meningkatkan imuniti dalam tubuh mereka. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi dan sel darah putih – iaitu 2 bahan utama yang memacu sistem pertahanan badan dan melawan sebarang jangkitan.
Jika anda mengalami payudara yang bengkak, cubalah mengepam dan memberi anak susu perahan sebagai alternatif buat sementara waktu. Di samping itu, ibu menyusu juga boleh meningkatkan pengambilan makanan yang berkhasiat agar ia turut dapat dimanfaatkan oleh bayi melalui susu ibu.
2. MEMPELBAGAIKAN SUMBER SAYURAN & BUAH-BUAHAN
Pastikan anak-anak mendapat sumber sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna kerana setiapnya mengandungi nutrisi yang berbeza. Kalau anak susah makan sayuran dan buah, kita janganlah berputus asa untuk mencuba menu-menu baru dalam hidangan harian mereka.
Selain dimakan dalam bentuk segar, buah-buahan juga boleh diolah dalam bentuk lain seperti jus, aiskrim, smoothie, dan sebagainya untuk menarik minat mereka. Namun, elakkan penambahan gula berlebihan ya!
3. MENAMBAH BAWANG PUTIH DALAM HIDANGAN
Salah satu cara yang boleh kita lakukan untuk meningkatkan imuniti anak adalah dengan menambahkan bawang putih dalam hidangan mereka. Bawang putih mengandungi bahan anti-virus dan anti-bakteria, membantu menstimulasikan sel pertahanan, dan menambah penghasilan antibodi. Ia juga memiliki sejenis kompaun sulfur yang bersifat anti-oksidan.
Cubalah tambahkan bawang putih dalam makanan harian seperti bubur nasi, sup ayam, spaghetti, atau garlic bread. Menurut sumber dari KidSpot, seeloknya bawang putih ini dimasukkan pada akhir masakan supaya ia tidak memusnahkan khasiat kebaikan yang disebutkan tadi.
4. MEMATUHI WAKTU TIDUR YANG BAIK
Waktu tidur memainkan peranan penting dalam kesihatan seseorang, termasuklah anak kecil. Merujuk kepada National Sleep Foundation, 11-14 jam tidur diperlukan bagi anak kecil berusia 1-2 tahun, 11-13 jam tidur bagi anak kecil berusia 3-5 tahun, manakala 9-11 jam tidur diperlukan oleh kanak-kanak berusia 6-13 tahun setiap hari.
Jika anak susah tidur siang, pastikan mereka masuk tidur lebih awal setiap malam.
Penelitian menunjukkan bahawa kurangnya tidur boleh mengurangkan penghasilan natural killer cell, iaitu senjata pertahanan tubuh yang berfungsi menyerang mikrob dan sel kanser. Ini akan membuatkan kanak-kanak (serta orang dewasa) lebih mudah terkena jangkitan.
5. GALAKKAN RIADAH & AKTIVITI LUAR
Anak kecil zaman kini lebih banyak meluangkan masa di dalam rumah berbanding di luar rumah. Oleh itu, kebanyakannya cenderung menjadi kurang aktif kerana kurang melakukan aktiviti fizikal.
Oleh itu, cuba hidupkan amalan bersenam dan ajaklah anak-anak beriadah di luar dengan kerap. Aktiviti seperti ini bukan saja menyihatkan, tetapi ia turut menambah bilangan natural killer cell, sekaligus meningkatkan imuniti tubuh.
6. MENGELAKKAN ANAK DARIPADA PEROKOK & ASAP ROKOK
Merokok bukan saja menjejaskan kesihatan perokok, tetapi ia juga merbahaya kepada orang di sekeliling mereka. Jika mahu anak anda sihat dan cerdas, pilihan terbaik adalah untuk berhenti merokok.
Ini kerana, asap rokok mampu membunuh dan merosakkan sel-sel yang penting dalam tubuh – terutamanya anak kecil. Sekalipun merokok di luar, sisa asap rokok tetap beracun dan akan melekat pada tubuh selama berjam-jam lamanya!
7. ELAKKAN BERSESAK DI TEMPAT AWAM
Risiko pendedahan penyakit meningkat dengan gejala ‘overcrowding’ di mana terlalu ramai orang dalam satu tempat. Terdapat seribu satu kuman yang berlegar-legar di ruang udara yang padat dengan manusia, dan kuman ini mampu menyelinap masuk ke dalam tubuh anak kecil dengan lebih mudah kerana sistem pertahanan mereka yang belum matang.
Semasa memilih pusat asuhan atau taska, pastikan nisbah antara penjaga dan kanak-kanak seimbang. Jika makan di luar, pilihlah tempat yang bersih dan makanan yang diselia rapi.
8. SAY NO TO JUNK FOOD & FAST FOOD
Burger, nugget, pizza, kerepek, coklat, kek, gula-gula, dan air kotak. Sedap memang sedap. Senang nak dapat. Nak masak pun cepat. Tapi semua makanan ini amat kurang nilai nutrisi, bahkan mengandungi kandungan garam, gula, pengawet, bahan perasa, serta pewarna tiruan yang tinggi. Nak makan sekali-sekala tak apalah, tapi jangan jadikan ia kebiasaan.
Mahu atau tidak, kita sebagai ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu mereka menghentikan tabiat ini dan sebaliknya cubalah perkenalkan sumber makanan yang segar, homemade, dan lebih terjamin khasiatnya. Dengan khasiat ini, barulah sistem imuniti tubuh anak dapat berfungsi dengan lebih efisyen.
9.MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN
Ajarkan anak menutup mulut ketika bersin, batuk, dan buang hingus yang dihembuskan pada tisu atau sapu tangan khas. Tabiat ini bukan saja membantu menampilkan identiti yang bersih, tetapi ia juga melindungi anak daripada menyebarkan kuman ke serata tempat.
Bagi anak kecil pula, perhatikan mereka dengan lebih kerap sekiranya mereka sedang tumbuh gigi dan suka mengeluarkan air liur. Pastikan wajah mereka selalu dilap. Kebersihan gusi dan gigi juga penting walaupun bayi hanya minum susu ibu. Bilaskan dengan tuala lembap setiap hari.
BUKAN SEKADAR AMBIL VITAMIN & SUPLEMEN!
Sungguhpun sesetengah vitamin dan suplemen boleh membantu meningkatkan imuniti, namun perlulah bersederhana dan tidak melebihi dos yang ditetapkan. Pengambilan Vitamin C secara berlebihan contohnya boleh merosakkan sistem hati.
Demam pada anak sebenarnya adalah respon tubuh terhadap jangkitan, ia menunjukkan bahawa sistem imuniti mereka sedang bekerja untuk memastikan tubuh anak sihat. Oleh itu, kita tak perlu risau selagi mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda luarbiasa.
Sumber : Inisemuapoyo.com