Isnin, 5 Mac 2018

Sebab Pelukan Hangat Suami Isteri Itu Sangat Baik (Dari Sudut Sains dan Psikologi)

Pelukan adalah satu terapi. Anak-anak suka dipeluk oleh ibu dan ayah mereka. Semasa kita kecil, tentu kita rasa dihargai apabila sering dipeluk cium oleh ibu bapa kita sendiri.
Apabila sudah berumahtangga, sungguh malang jika suami isteri tinggal serumah, tidur sekatil, tetapi tidak saling berpelukan. Kajian mendapati bahawa pelukan dan gurauan mesra dapat mengubati kegusaran, penyakit, rasa berserorangan, tekanan dan ‘anxiety’. Semesti ada sebab kenapa isteri suka dipeluk dan memeluk suami. Pelukan yang romantis, mesra dan hangat, rapat dari hati ke hati juga dapat memberikan kelebihan berikut:

1. Meningkat kepercayaan pada pasangan
Apabila saling berpelukan, suami isteri akan menjadi lebih terbuka. Tiada istilah tidak percaya. Tiada juga istilah menyimpan masalah bersendirian. Semuanya perlu dikongsi.

2. Menaikkan kadar hormon ‘oxytocin’
Oxytocin dikatakan juga sebagai hormon cinta. Apabila banyak hormon cinta ini dirangsang, makan semakin bertambahlah kasih sayang. Apabila kadar hormon cinta ini tinggi, ia dikatakan dapat menghilangkan perasaan ‘lonely’, terpisah dan juga kemarahan.

3. Memanjangkan umur
Siapa yang tidak suka berpelukan? Berpegangan tangan dalam masa yang sama, sambil berbual mesra, mata bertentang mata, dapat meningkat kadar hormon ‘serotonin’.  Serotonin dengan kadar normal akan membangkitkan perasaan bahagia. Hormon ini juga akan menaikkan ‘mood’ seseorang. Apabila rasa bahagia, bukankah itu akan memanjangkan umur juga? Benar, hidup mati urusan Allah. Kita perlu berdoa akan sentiasa sejahtera dan dipanjangkan umur agar boleh terus beribadat pada-Nya.

4. Meningkatkan kadar imun tubuh
Apabila bersentuhan, ia akan mengaktifkan Solar Plexus Chakra. Dikatakan, ia akan merangsang ‘thymus gland’ yang akan mengawal keseimbangan produksi sel darah putih dalam badan. Secara tidak langsung, ia akan menjadikan diri lebih sihat dan jauh dari penyakit. Kami bukan pakar dalam hal perubatan begini. Jika anda perlukan maklumat lanjut, boleh Google sahaja.

5. Meningkatkan rasa “self-esteem” atau harga diri
Jati diri atau harga diri? Pada kami, lebih kurang sama sahaja. Daripada kita dilahirkan, kita dipeluk sana sini. Ini menunjukkan kita disayangi. Hubungan antara harga diri dan pelukan ialah ia masih tersimpan dalam ‘nervous system’ kita sehingga meningkat dewasa. Pelukan yang kita terima daripada ibu dan ayah semasa membesar akan tersimpan dalam ‘cellular level’ selamanya. Secara tidak langsung, ia mengingatkan kita tentang perasaan kasih sayang dan menjadikan kita lebih percaya pada diri sendiri. Lebih mudah lagi, sudah tersemat dalam hati kita untuk menyayangi diri sendiri.

6. Melegakan otot
Benar, bila otot lega, hilang tekanan atau ‘stress’. Pelukan dapat menghilangkan kesakitan dan membantu meningkatkan peredaran darah pada tisu-tisu lembut dalam tubuh badan.

7. Menstabilkan ‘nervous system’ atau sistem saraf
Mungkin anda tertanya-tanya, apakah itu ‘nervous system’?
Nervous System adalah satu proses yang pantas dan hanya untuk jangka masa yang sekejap. Sumber dari syaufiqmujahid mengatakan bahawa ia terbahagi kepada dua, Central Nervous System dan Peripheral Nervous System Central Nervous System, digerakkan oleh dua organ. Brain dan spinal cord. Kedua-dua organ ini dilindungi oleh tulang (skull-vertebral column) kerana ianya begitu sensitif. Sedikit rosak, boleh mendatangkan masalah.
Peripheral Nervous System, dibahagikan kepada dua. Somatic Nervous System dan Autonomic Nervous System. Somatic, mengandungi fungsi motor nerves dan sensory nerves. Somatic, mengawal setiap pergerakan yang dirancang (voluntary action) oleh badan kita. Seperti contoh, pergerakan tangan kita secara flexion atau extension. Ianya dilakukan dengan menggunakan keinginan kita sendiri.
Autonomic Nervous System, pula mengawal setiap pergerakan yang tak dijangka oleh sistem badan kita, atau kata lainnya bukan dengan keinginan kita sendiri (Involuntary Action). Pernah dengan tentang Nervous System Breakdown? Bayangkan, sistem saraf tidak berfungsi lagi. Mohon jauh dari terjadi sedemikian.

8. Mengajar erti memberi dan menerima
Pelukan memerlukan dua orang bukan. Cuba anda berseorangan, boleh peluk diri sendiri tak? Kalau boleh, kami bagi RM1,000. Ok, main-main sahaja.
Apabila berlakunya pelukan, satu pihak akan memberi, manakala satu pihak akan menerima. Ini menunjukkan ‘equal value’ antara keduanya. Maka apabila perasaan samarata itu dihargai oleh kedua-dua pihak, akan timbul rasa kasih sayang.

9. Meredakan kesedihan dan kedukaaan
Pelukan bukan hanya pada waktu gembira sahaja. Pelukan juga berlaku apabila kita bersedih. Kita memerlukan pelukan hangat dari seseorang. Dengan ini, emosi yang terbeban akan keluar pergi jauh-jauh secara automatik. Orang yang memberi dan menerima pelukan akan berasa kelegaan yang amat sangat.

10. Pengalihan tenaga positif
Ada orang peluk sambil marah-marah? Cuba buat sekali. Kalau tengah marah, selepas itu peluk, secara logik akal, ia akan mengalirkan emosi negatif iaitu amarah tersebut. Namun, tidak logik berpelukan semasa marah. Itu kita panggil ‘bertumbukan’.
Tiada orang berpelukan dengan emosi negatif. Jika negatif sekalipun, ia akan dineutralkan oleh elemen yang positif. Pelukan menggalakkan rasa ’empathy’ dan ‘understanding. Apabila sinergi ini berlaku, semua mendapat manfaatnya.
Kesimpulan
Suami perlu tahu, isteri memang suka dipeluk dan digomol. Lebih-lebih lagi pelukan ‘surprise’ dari belakang. Amalkan selalu, semoga bahagia rumah tangga!

Tanda Awal Kanser Ovari Yang Disangka Sakit Biasa. Wanita Kena Tahu!



“Eh, kenapa haid aku tiba-tiba banyak sangat kali ini? Dah lebih seminggu tapi masih belum nampak tanda nak berhenti. Ada apa-apa yang tak kenakah?”
Sesiapa pun mesti tidak pernah menyangka bahawa mereka boleh terkena penyakit kanser. Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian salah seorang artis terkenal, Ary Malik yang tewas setelah berjuang dengan penyakit kanser ovari atau kanser rahim.
Ramai yang menggelar kanser ovari sebagai ‘pembunuh senyap’ kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda serius dan begitu cepat meragut nyawa. Lebih menakutkan, sumber menunjukkan bahawa ia boleh menyerang wanita seawal usia 26 tahun di Malaysia.
Foto Kredit: onfertility.com
Foto Kredit: onfertility.com

KANSER OVARI SEBENARNYA MUDAH DIKESAN

Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang, Dr Andi Anggeriana Andi Asri menerusi MAKNA Malaysia (Majlis Kanser Nasional),  kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu.
Tambah beliau lagi, bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.
tanda kanser ovari
Foto Kredit: medgurus.org

7 TANDA KANSER OVARI YANG BOLEH DIKESAN AWAL

Berikut adalah tanda kanser rahim / ovari yang perlu diketahui oleh setiap wanita.

1. PENDARAHAN SELEPAS MENOPAUS

Antaranya simptom yang paling jelas, terutamanya selepas menopaus adalah berlakunya pendarahan. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.
Sepatutnya wanita perlu membuat pemeriksaan sekiranya ia berlaku agar doktor dapat mengesahkan sama ada ia penyakit serius. Apabila dibiarkan dan tidak mendapatkan sebarang rawatan, sel kanser boleh merebak ke tahap 4.
tanda kanser rahim
Foto Kredit: lexicolatry.com

2. HAID TIDAK TERATUR DAN BANYAK

Bagi yang belum menopaus, ambil perhatian sekiranya haid tiba-tiba keluar secara banyak dan berterusan. Perkara ini disebabkan oleh ovari yang gagal merembeskan hormon secara normal kerana aktivitinya yang terganggu.
Aliran haid berat ini juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit lain seperti fibroid atau polyp di uterus. Pendarahan teruk juga boleh berlaku selepas melakukan hubungan intim ataupun sudah menopaus.
tanda habis haid
Foto Kredit: tentantes.com.br

3. PERUT TIDAK SELESA

Selain 2 tanda kanser rahim paling jelas di atas, sistem penghadaman juga turut terkesan kerana posisinya yang agak dekat. Perut akan terasa mudah kenyang dan kembung.
Sesetengah wanita mudah terasa loya dan mudah terkena sembelit. Jika perkara ini berlanjutan lebih dari tiga minggu, dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya.
tanda tidak subur
Foto Kredit: coveville.com

4. MUDAH LETIH

Walaupun sudah berehat lama, tetap berasa letih. Nafas menjadi singkat dan jantung berdegup lebih laju walaupun tidak melakukan aktiviti berat. Selama ini tidak pernah pula selesu ini.
Seperti yang dijelaskan oleh sumber laman web kesihatan, hal ini disebabkan oleh sel darah merah yang berkurangan berbanding sel darah putih. Kondisi inilah yang dinamakan anemia dan sering berlaku pada pesakit kanser.

5. KERAP MEMBUANG AIR KECIL
Minum air macam biasa. Nak dikata mengandung, tidak. Kenapa sejak-sejak ini terlalu kerap buang air kecil? Bukan sahaja selalu, malah sakit seperti rasa ketat dan pedih. Jangan berasa malu untuk mendapatkan nasihat doktor jika perkara ini berlarutan lebih dua minggu.
Walaubagaimanapun, tanda kanser rahim ini menyerupai juga beberapa penyakit lain yang kurang serius dan boleh dirawat dengan mudah.

6. SAKIT SEAKAN SENGGUGUT

Selain sakit perut kembung, sakit di sekitar pelvis seakan senggugut ketika haid juga adalah antara tanda kanser ovari. Sakit ini mungkin sebiasa sakit senggugut atau mungkin lebih teruk sehingga perlu berbaring dan ambil ubat tahan sakit.
Dapatkan nasihat pakar sekiranya sakit pelvis berlarutan walaupun selepas haid atau pada bila-bila masa.
kanser-ovari-perut

7. PERUBAHAN BERAT BADAN SECARA DRASTIK

Jika selama ini kita bertubuh agak gempal dan turun berat badan tanpa senaman atau kawalan pemakanan, dapatkan rawatan segera terutamanya bila turun berat badan secara drastik.
Mengubah corak pemakanan kepada yang lebih sihat dan rutin senaman dapat mengurangkan risiko kanser.

DIAGNOSIS KANSER OVARI

Menurut Hospital Metro yang menyediakan khidmat penjagaan kesihatan khusus bagi kaum wanita, terdapat satu ujian darah iaitu CA-125 yang boleh digunakan untuk mengesan paras CA-125 (sejenis protein yang parasnya meningkat di sel-sel ovari yang mengalami kanser).
Namun, ujian darah CA-125 semata-mata tidak boleh digunakan untuk mendiagnosis kanser ovari. Pemeriksaan lain seperti ultrasound melalui vagina dan pemeriksaan pelvik mesti dilakukan agar mendapat keputusan yang lebih tepat.

JANGAN AMBIL MUDAH

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, dapatkanlah nasihat doktor. Semak semula sekiranya tedapat ahli keluarga terdekat anda ada yang menghidap kanser payudara atau ovari.
Namun begitu, jangan terlalu panik jika anda menghadapi gejala-gejala di atas. Ada beberapa lagi penyakit yang menyerupai tanda kanser rahim seperti PCOS atau fibroid. Ujian saringan awal boleh dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.