Tanda2 isteri anda dah penat mental dan emosi…
Bila berbicara tentang penat, lelaki penat, perempuan pun penat…beza penat lelaki dan perempuan ialah penat lelaki byk disebabkan oleh kegunaan anggota badan utk melakukan sesuatu kerja…itu penat fizikal, penat yg boleh dirawat dgn mendapatkan rehat yg secukupnya, pengambilan supplemen, pengamalan gaya hidup yg sihat, penjagaan pemakanan ataupun tido…
Tapi penat org perempuan, byk disebabkan oleh mental dan emosi…
Penat yg mcm ni, sukar dirawat jika pasangannya tidak memahami keadaan dirinya…ianya perihal dalaman, perasaan serta emosi yg ada didlm hati dan akal fikirannya yg berkemungkinan tidak diluahkan atas alasan utk menjaga hati org lain especially pasangannya…
Memendam perasaan inilah yg menyebabkan kaum isteri penat mental dan emosi…
Tanda-tanda isteri kita mengalami penat ini ialah cepat marah atau meninggi suara utk kesalahan kecil yg dilakukan oleh anak-anak…contohnya, anak2 tertumpahkan minuman, anak2 terjatuhkan barang, anak2 tersilap buat keje sekolah, anak2 tidak respon apabila dipanggil dan sebagainya…
Isteri cepat hilang sabar…
Apabila kita dgr isteri dah mula meninggi suara pd anak2, ketahuilah yg bukan kesalahan anak2 itu besar, tp dirinya dah penat mental dan emosi dlm melayani anak2…mgkin kita sebagai suami membiarkan dia bertungkus lumus dan berperang seorang diri dgn anak2…kita hanya bersilang kaki menonton rancangan kegemaran kita dikaca televisyen sambil mkn popcorn atau main hp…
Isteri hilang mood utk bergurau senda, isteri tidak mempamerkan riak wajah gembira atau bersedih – emotionless, isteri kurang ramah seperti sebelumnya, isteri byk menjauhkan diri dr kita, isteri mengasingkan diri di dapur atau di bilik, dan isteri menangis tanpa sebab…
Dia cepat sensitive kerana dlm hatinya bergelora, fikirannya serabut, byk perasaan bercampur aduk…
Penat mental dan emosi ni hanya dapat dirawat jika kita menolong meringankan bebanan yg dibuatnya, berkomunikasi a.k.a menyelami isi hati si isteri, menghargai apa yg dia dah lakukan dlm rumahtangga itu, bwk dia keluar atau bercuti seketika utk menjauhkan dirinya dr persekitaran yg sama yg hari2 dihadapnya…
Jgn biarkan isteri menghadapi penat ini seorang diri jika anda masih perlukan kehadiran dirinya dlm hidup anda…ππ✌️
Credit : Firdaus Shakirin