Isnin, 2 Oktober 2017

Amalkan Tips Ini Untuk Mengurangkan Kolestrol Dalam Darah



Tahukahah anda, kolesterol yang tinggi dalam darah atau disebut sebagai hiperkolesterolemia disebabkan oleh cara dan pengambilan makanan kita seharian, berat badan berlebihan, kurang melakukan aktiviti senaman, faktor usia, keturunan dan yang paling kebanyakkan orang suka buat, merokok.
Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah
Kalau diteliti semula semua punca-punca diatas, hmmm… memang sinonim dan terasa dekat dengan kita. Sebab apa? Ye lah, kita orang Malaysia ni, makanan semua  mengandungi kandungan lemak yang tinggi. Dengar nama ja pun dah tahu, masak lemak cili api, nasi lemak, masak lemak daging salai. Semua lemak-lemak belaka. Susah juga kalau nak elak. Dah memang makanan kita.
Bahaya Kolestrol
Kolesterol yang tinggi dalam darah ini sebenarnya sangat merbahaya kerana penyakit ini boleh mengakibatkan sakit jantung dan strok. Alamak, betul ke?  Ya. Sangat betul. Jadi, bagi mengelakkan kita semua terkena strok, ada baiknya jika kita mencegah perkara ini sebelum terjadi. Mencegah lebih baik dari merawat, kan?

Tips Mengurangkan Kolesterol Dalam Darah

Macam mana nak kurangkan kolesterol dalam darah? Ini tips yang mudah dan selamat yang boleh anda semua amalkan.
2
  1. Kawal Pemakanan
Saya tahu, ini yang paling susah dan ramai mengelat untuk buat. Tapi inilah yang paling utama. Bukan kata tak boleh makan langsung, tapi kawal. Maksudnya, bila anda makan pastikan makanan anda seimbang. Ada sayur-sayuran, buah-buahan dan paling penting sebenarnya, elakan makanan lemak trans dan lemak tepu. Contohnya seperti, donat, majerin, biskut, makanan bergoreng dan seumpamanya.  Elakkan daging merah, telur, susu penuh ,daging merah, dan kuning telur adalah makanan kolesterol yang pekat.
Habis tu, makanan apa yang boleh turunkan kadar kolesterol dalam darah ni?
  • Buah-buahan.
Watak utama atau hero dalam menyelamatkan keadaan. Buah-buahan seperti manga, anggur, epal dan buah kurma dapat menurunkan paras kolesterol dalam darah.
3
  • Kacang Soya
Produk-produk soya adalah satu lagi contoh makanan merendahkan kolesterol. Beberapa kajian mencadangkan bahawa makanan yang mengandungi soya boleh mengurangkan kolesterol buruk seseorang. Mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Selain itu, ianya juga mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
5
  • Oatmeal
Wah, menu ini mungkin ramai yang kata tak lepas tekak, tapi ada juga yang suka. Kepada yang suka, tahniah dan teruskan. Dah betul dah tu. Bagi yang susah nak telan, nasihat saya google lah di internet dan carilah resipi oat yang sedap. Ada ja resipi oat yang kreatif dan menyelerakan. Anda boleh cuba. Oat ni dapat menurunkan jumlah penyerapan kolesterol dalam sistem pencernaan anda, tahu?
6
  1. Bersenam
Bersenamlah sekurang-kurang 30 minit setiap sesi, 3-4 hari seminggu. Mudah saja kan sebenarnya, bersenam tak semestinya perlu ke gym, anda boleh saja lakukan senaman-senaman ringan di taman rekreasi yang berdekatan ataupun dalam rumah pun boleh. Ini dapat membantu merendahkan kolesterol, mencapai berat badan ideal dan boleh juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis. Lebih awet muda, gitu. Cubalah.
7
  1. Berhenti Merokok
Wohoo, ini serius. Amatlah berat bunyinya bagi perokok tegar, tapi amatlah baik sebenarnya untuk kesihatan. Merokok ni sebenarnya boleh memburukkan lagi tahap kolesterol anda. Jadilah lebih sihat, positif dan jimat wang anda dengan berhenti merokok.
8
  1. Minum Teh
Teh hijau bukan saja bagus untuk mengurangkan berat badan, mengurangkan tekanan dan bertindak sebagai antibakteria, tetapi ianya juga sangat bagus untuk mengurangkan kolesterol dalam darah. Teh hijau mengurangkan paras kolesterol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolesterol baik berbanding kolesterol jahat dalam badan.
9
  1. Makanan Tambahan
Omputih kata, supplement.  Banyak sebenarnya produk yang boleh membantu dalam masalah ini sampai pengguna sendiri tak tahu nak pilih yang mana. Jadi, untuk memudahkan anda, saya syorkan produk terbaik Jus Al- azzif. Dengar nama pun dah hebat, apatah lagi kalau dah cuba, kan? Produk ini dapat  menstabilkan paras kolesterol  dengan mudah, cepat dan selamat.
Jus Al-azzif adalah semula jadi dan organik. Selain itu, Jus ini merupakan makanan kepada bakteria baik didalam usus yang  meningkatkan sistem pertahanan badan dan juga memberi pelbagai manfaat lain dalam memperbaiki taraf kesihatan pengamal.
Produk ini adalah bebas dari bahan kimia dan pengawet terlarang. Sesuai untuk seisi keluarga selain sangat menjimatkan, sebab sebotol boleh tahan 2 bulan. Jimat ke tidak? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan