Selasa, 20 Februari 2018

PERKAHWINAN TANPA ZURIAT

Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama? ๐Ÿ˜” Dah cuba dan ikhtiar dengan pelbagai cara??? ๐Ÿ˜– Sudah buntu mencari penyelesaian!!! Jom... ikhtiar dan tawakal dengan "SET KESUBURAN" DARI CLV ๐Ÿ’‘ ๐Ÿ˜ƒ JAMU SERI PEMIKAT ❤ JAMU TUNJUK LANGIT๐Ÿ˜Š ๐Ÿ˜‰ Sudah ramai yang berjaya... anda bila lagi!!! ๐Ÿ˜ Cuba dulu.... Insha Allah... pasti berjaya ¤Usaha ¤Tawakal ¤Doa ●Pm/Wssap 011 50126796 / 0167590479 Wasap.my/60167590479/setkesuburan
Wasap.my/601150126796/setkesuburan
#nanieclv #teamnanieclv #setkesuburan #hamil

TESTIMONI :-







HARGA 1 SET RM90 sm / RM95 ss
NAK DAPATKAN SET KESUBURAN??




Isnin, 19 Februari 2018

KEPENTINGAN MEMBUANG TOKSIN DALAM BADAN


๐Ÿญ
Membuang Air Kecil
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.

๐Ÿญ      
Membuang air besar
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.

๐Ÿญ 
Mengeluarkan peluh
Kulit kita merupakan organ yang terbesar dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita. Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.

๐Ÿญ 
Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.

MEROYAN




Gejala kemurungan lepas bersalin sering berlaku terhadap golongan ibu terutama yang kali pertama melahirkan anak. Ada yang menyebut sebagai penyakit gila meroyan.

Gila meroyan
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit itu akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan.

Satu punca penyakit berkenaan adalah darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna atau teratur, yang seterusnya akan terjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.

Meroyan dikenali dalam kalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression (PPD) satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadangkala lelaki selepas melahirkan anak.

Kajian menunjukkan kadar insiden berlaku dalam kalangan wanita antara lima hingga 25 peratus, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.

Perunding Psikiatri Hospital Pantai Kuala Lumpur (PHKL) Dr Shane Varma berkata antara punca utama PPD adalah masalah psiko sosial seperti tiada sokongan daripada suami, ibu tunggal, kehamilan yang tidak dirancang/dikehendaki, masalah kewangan, tekanan hidup, tekanan penjagaan anak, tiada sokongan masyarakat dan sebagainya.

“Antara faktor dikenal pasti menyumbang terhadap perkara di atas ialah sejarah keluarga yang pernah menghidap kemurungan, tidak menyusukan anak dan beberapa faktor lain.
“Antara simptom awal boleh dilihat ialah sedih berterusan, hilang selera makan, cepat letih, tidak yakin dan rasa bersalah serta mudah marah,” katanya ketika ditemui di hospital itu baru-baru ini.

Menurut Shane, selain PPD ada juga jenis kemurungan lain dikenali sebagai kelesuan postpartum (postpartum exhaustion- PPE).

“PPE disebabkan kurang tidur bercampur pertukaran hormon dalam tubuh wanita selepas melahirkan anak dan boleh menjadi sederhana atau teruk.

“Kebanyakan kes mendapati wanita dengan bayi yang mengalami kembung teruk atau punca asas yang mengakibatkan jadual tidur yang tidak normal. Tidak sama seperti PPD, tetapi boleh dikelaskan sebagai sebahagian meroyan.

“Rawatan perubatan adalah minimum. Boleh berlaku antara sehari hingga 20 hari dan akan kembali seperti sediakala selepas mendapatkan tidur yang cukup,” katanya.

Postpartum psychosis (gangguan mental serius pasca kelahiran) pula adalah sakit jiwa berasingan membabitkan terpisah sepenuhnya daripada alam nyata. Ia adalah yang paling berbahaya berbanding PPD dan PPE kerana membabitkan simptom seperti delusi, halusinasi, bercakap seorang diri dan berkhayal.

“Postpartum psychosis boleh berlaku rentetan daripada PPD atau tercetus secara tiba-tiba dalam tempoh empat hingga enam minggu selepas bersalin.

“Individu yang ditimpa gejala ini akan mula bersikap ganjil, berhalusinasi, meracau, mempunyai delusi pemikiran dan bertindak secara impulsif.

“Postpartum psychosis adalah isu kejiwaan yang ekstrem dan mempunyai risiko yang tinggi membunuh diri dan membunuh bayi berbanding fenomena lain,” katanya.

Beliau menambah, diet dan nutrisi yang sempurna serta penyusuan susu ibu demi kelangsungan kestabilan emosi sangat penting dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.

“Makanan berkhasiat penting untuk ibu selepas bersalin. Guna saluran tertentu untuk menzahirkan emosi seperti berbicara dengan orang tersayang, ahli keluarga, sahabat dan jangan sesekali mengasingkan diri.

“Bagi golongan Muslim pula, jangan lupa aspek rohani. Perbanyakan membaca al-Quran dan berzikir supaya hati sentiasa tenang dan terhindar daripada perkara yang tidak baik,” katanya.

Jenis penyakit meroyan mengikut kepercayaan masyarakat Melayu

1. Meroyan Api
Ibu akan menjadi bengis, baran, cepat marah hingga tahap menjerit dan lupa diri.
Perubahan mood yang ketara.
Perubahan sikap lebih ketara ketika datang bulan.
.
2. Meroyan Ketung
Ibu menjadi murung, hiba, sayu, mudah menangis, perasan (sensitif).
Kebanyakan berlaku kepada ibu yang kehilangan anak.
Ada kes sehingga membunuh diri.
.
3. Meroyan Urat
Ibu mengalami ketegangan urat sarat sehingga sentiasa mengeraskan diri seperti mengalami kekejangan otot.
Selalu berlaku ketika cuaca sejuk, atau jika ibu tersilap makan benda yang bersifat sejuk.
Berlaku kepada ibu yang melakukan kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sejurus lepas bersalin.
.
4. Meroyan Lendir
Ibu sentiasa pucat, lesu, mata pudar, keguguran rambut dan badan menjadi susut.
Keguguran rambut yang melampau.
Mengalami masalah dingin seks terhadap pasangan.
Penyebab utama apabila darah kotor dan angin jahat di dalam tubuh tidak dikeluarkan sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang.
.
5. Meroyan Tinggal
Ibu tiba-tiba asyik berleter, bercakap seorang diri dan mengambil peluang melarikan diri dari rumah.
Ibu mungkin tidak mahu bayinya sendiri.
Ada tahap sehingga menjadi ganas.
.
6. Meroyan Bulu
Ibu sentiasa seram sejuk selepas bersalin.
Jika berlarutan, ibu akan mula menghidap rheumatoid arthiritis atau keradangan sendi.
Ini berlaku apabila ibu banyak bermain air dan bersejuk ketika berpantang.
.
7. Meroyan Kulit
Ibu akan berasa gatal serta miang seluruh badan dan tergaru-garu seperti kera.
Ia berlaku disebabkan darah kotor tidak habis keluar menyebabkan kekotoran keluar melalui liang roma peluh.

Ini akan berterusan jika darah nifas tidak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.
Semoga dijauhkan

#JAMUSERIPEMIKAT


APA ITU RAHIM KEMBANG




Apakah yang dimaksudkan dengan “RAHIM KEMBANG?”. Kebanyakan wanita tak sedar yang rahim mereka kembang.

Berikut adalah tanda-tanda rahim kembang:
– Banyak keputihan keluar daripada kemaluan
– Kemaluan berair
– Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah
– Perut selalu terasa kejang
– Period tidak menentu
– Perut buncit
– Sakit ketika melakukan hubungan dengan suami
– Tumit kaki sakit
– Kerap terkencing
– Keluar air daripada kemaluan setiap kali terbatuk/bersin

Punca rahim kembang ialah:

– Kerap minum ais
– Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
– Apabila keguguran kandungan, wanita tidak berpantang dengan baik
– Tidak berpantang dengan sempurna selepas melahirkan anak

Akibat daripada rahim kembang ini ialah suami tidak mendapat kenikmatan ketika bersama dengan isteri dan peluang untuk hamil juga rendah. Jadi apa yang perlu dibuat jika doktor sahkan anda mempunyai rahim kembang?

Rawatan Rahim Kembang:

– Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
– Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki
– Ambil herba untuk memanaskan rahim
– Buat senaman kagel
– Buat senaman seperti “Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali”
– Pakai korset. Corset sebenarnya dapat meletakkan rahim di tempat yang betul. Sebab itu semasa dalam pantang digalakkan supaya memakai bengkung.
– Bertungku. Bagus untuk melancarkan darah & mengecutkan rahim yang kembang.

Selain itu, PRODUK CLV IAITU JAMU SERI PEMIKAT ada jalan penyelesaiannya, InshaaAllah!


HUBUNGI NANIE SEGERA 

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH


 Gangguan Haid
 Keputihan
 Masalah ketidaksuburan
 Kemandulan di kalangan wanita
 Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
 Perut kembang
 Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
 Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
 Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
 Kerap letih dan lesu
 Sakit lutut dan tumit
 Kesejukkan kaki dan tanggan
 Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
 Kerap keguguran
 Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut

2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita

3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

Atasi masalah di atas dengan mengamal Jamu Seri Pemikat CLV


nak cuba??


TANDA-TANDA BADAN PENUH DENGAN TOKSIN

8 tanda tanda badan anda penuh dengan toksin!!!!


1)SEMBELIT

Anda perlu membuang air besar 2 kali sehari bagi memastikan sisa bahan buangan pepejal dan cecair bertoksin tidak disimpan lama didalam badan dan membawa penyakit

2)KEMBUNG PERUT

Usus yang tidak bersih dan penuh toksin akan menyebabkan angin terperangkap di dalamnya dan menyebabkan perut menjadi kembung dan tidak selesa.


3)SAKIT KEPALA 

Basan yang penuh toksin akan menyebabkan anda mengalami sakit kepala berulang ulang malah boleh menyerang anda pada setiap hari.

4)LETIH DAN LESU

Toksin terkumpul dalam badan seumpama racun yang mencuri tenaga di dalam badan menyebabkan kita lesu dan tidak bermaya sepanjang hari.

5) MULUT BERBAU 

Usus yang kotor dan tidak dibersihkan secara kerap akan menyebabkan mulut berbau busuk dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain disekeliling.

6)PERUT BUNCIT

Najis yang terkumpul lama dalam usus akan mengeras dan menjadi tempat angin berkumpul dan ini boleh menyebabkan perut kelihatan boroi walaupun berat badan masih normal.

7)KULIT KUSAM 

Jika masalah kulit seperti jerawat dan kulit kusam anda berpanjangan cuba ambil langkah untuk detoks bagi membersihkan toksin yang berkumpul dalam badan terlebih dahulu.

Buang toksin dengan FOREVER ALOE VERA GEL


wasap.my/601150126796

APA YANG PERLU WANITA TAHU PASAL RAHIM & TOMBONG ? .


.
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvic dan disokong oleh otot jaringan dan ligament.

Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligament yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.

Rahim terkeluar dari vagina boleh dirasai melalui jari terutama semasa mencangkung. Ia juga menyebabkan wanita mudah sakit belakang / pinggang

Bagi peringkat yg teruk tombong pesakit akan terasa sakit seperti mahu bersalin. Kejang pada otot perut, sakit pada dinding faraj, keluar keputihan banyak yg luar biasa.

Wanita yang alami lemah bahagian peranakan cenderung terkencing bila batuk, kencing tidak lawas, mudah keguguran awal kehamilan, sakit ketika hubungan seksual dan terasa peranakan tersembul terkeluar melalui vagina.
.
.
Peringkat 1 - Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear. Kalau nak test blh mencangkung dan rasa macam ada benda tersembul tak dari kemaluan. Kalau ada mgkn anda dah tahap peringkat 1

Peringkat 2 - Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj. Bila dipegang dari luar boleh terasa seakan licin sepeti belon. Jika tidak dirawat mmg akan lebih teruk. Waktu ini bila ketawa atau batuk mmg mudah utk terkucil sekali

Peringkat 3 - Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj. Pelu ke Pakar Sakit Puan sebab jika tidak dicuci akan menyebabkan jangkitan pangkal rahim yg menjurus kepada kanser sebabnya sebahagian organ kita dah terdedah di luar.