Isnin, 19 Februari 2018

APA YANG PERLU WANITA TAHU PASAL RAHIM & TOMBONG ? .


.
Peranakan atau rahim iaitu tempat janin membesar, terletak di dalam pelvic dan disokong oleh otot jaringan dan ligament.

Proses kehamilan dan melahirkan anak boleh menyebabkan otot dan ligament yang menyokong rahim menjadi lemah, mengakibatkan ia jatuh dan kadangkala terkeluar dari saluran faraj.

Rahim terkeluar dari vagina boleh dirasai melalui jari terutama semasa mencangkung. Ia juga menyebabkan wanita mudah sakit belakang / pinggang

Bagi peringkat yg teruk tombong pesakit akan terasa sakit seperti mahu bersalin. Kejang pada otot perut, sakit pada dinding faraj, keluar keputihan banyak yg luar biasa.

Wanita yang alami lemah bahagian peranakan cenderung terkencing bila batuk, kencing tidak lawas, mudah keguguran awal kehamilan, sakit ketika hubungan seksual dan terasa peranakan tersembul terkeluar melalui vagina.
.
.
Peringkat 1 - Rahim terturun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin tidak menyedarinya. Selalunya keadaan ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear. Kalau nak test blh mencangkung dan rasa macam ada benda tersembul tak dari kemaluan. Kalau ada mgkn anda dah tahap peringkat 1

Peringkat 2 - Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj. Bila dipegang dari luar boleh terasa seakan licin sepeti belon. Jika tidak dirawat mmg akan lebih teruk. Waktu ini bila ketawa atau batuk mmg mudah utk terkucil sekali

Peringkat 3 - Hampir keseluruhan rahim jatuh terkeluar dari faraj. Pelu ke Pakar Sakit Puan sebab jika tidak dicuci akan menyebabkan jangkitan pangkal rahim yg menjurus kepada kanser sebabnya sebahagian organ kita dah terdedah di luar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan